Seorang telah datang menemui Rasulullah
s.a.w. dan telah menceritakan kepada
Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu
Baginda s.a.w. tidak mempunyai makanan pun untuk diberikan kepada orang itu. Kemudian beliau bertanya kepada para
sahabat,"Apakah di antara kamu ada yang sanggup melayani orang ini ?" Dan salah seorang dari kaum Ansar telah
menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak baginda itu."
Akhirnya orang Ansar itu pun membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baiknya," Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya aku tidak menyimpan sesuatu makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"
Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. dan saya akan duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan, engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidak akan mengetahui bahawa saya tidak makan bersamanya." dan Alhamdulillah Rencana ini pun berhasil meskipun seluruh keluarga tersebut termasuk anak-anakku sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk menghormati tamu itu makan sehingga terasa kenyang. Sebagaiman Firman Allah s.w.t. : "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar